Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu

Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu by Mind Map: Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu

1. Proses perkembangan Islam di alam Melayu

1.1. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi.

1.2. Agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China.

1.3. Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi.

1.4. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara.

2. Kesan terhadap masyarakat di Alam Melayu

2.1. PENDIDIKAN

2.1.1. Golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan.

2.2. BAHASA DAN KESUSASTERAAN

2.2.1. Penggunaan Bahasa Jawi tersebar luas dan Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca.

2.3. PERUNDANGAN

2.3.1. Sistem perundangan masyarakat Melayu berubah kepada sistem adat dan Islam seperti Hukum Kanum Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

2.4. POLITIK DAN PEMERINTAHAH

2.4.1. Agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka

2.4.2. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah

3. Teori-teori kedatangan Islam ke alam Melayu

3.1. Kedatangan Islam dari India

3.1.1. Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.

3.1.2. Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.

3.2. Kedatangan Islam dari China

3.2.1. Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu

3.2.2. Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.

3.2.3. Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.

3.3. Kedatangan Islam dari Tanah Arab/ Parsi

3.3.1. Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab

3.3.2. Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .

3.3.3. Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .

4. Faktor-faktor penerimaan Islam secara luas

4.1. PERDAGANGAN

4.1.1. Di Melaka dan di Aceh yang merupakan pusat-pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara.

4.1.2. Di pelabuhan-pelabuhan tadi terdapat jawatan Shahbandar yang berfungsi menghubungkan sultan-sultan yang memerintah dengan pedagang-pedagang yang berdagang, sama ada dari dalam atau luar negeri.

4.2. PERKAHWINAN

4.2.1. Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja.

4.2.2. Agama Islam juga tersebar melalui perkahwinan antara raja sesebuah negara dengan puteri raja dari negara yang lain. Proses ini biasanya dipanggiI perkahwinan siasah.

4.3. FAKTOR KESUSASTERAAN

4.3.1. Dengan kedatangan Islam, masyarakat Nusantara telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama.

4.3.2. Kedatangan Islam juga telah memperkenalkan tulisan Jawi.

4.3.3. Hasilnya sastera-sastera Islam telah dikembangkan melalui bahasa Melayu dan ini sudah tentu dapat mengembangkan lagi fahaman orang-orang Melayu terhadap ajaran Islam.