Get Started. It's Free
or sign up with your email address
Pengenalan by Mind Map: Pengenalan

1. Falsafah Ilmu & Agama

1.1. Pengetahuan merujuk kepada hal-hal yang biasa yang dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupan hariannya. Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem tertentu akan meningkat menjadi ilmu atau sains. Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara spekulatif dan tidak meyakinkan, maka timbulah peranan agama untuk memberikan jawapan.

2. Pengertian Falsafah Ilmu

2.1. Falsafah ilmu adalah sub bidang yang khusus dalam bidang falsafah seperti falsafah sejarah, falsafah matematik dan seumpamanya. Falsafah ilmu adalah merujuk kepada kajian secara mendalam tentang dasar-dasar ilmu. Objek penelitian atau pokok persoalan dalam falsafah ilmu ialah ilmu itu sendiri.

2.1.1. Komponen Ontologi

2.1.1.1. membahaskan sekurangkurangnya dua aspek penting iaitu ruang lingkup atau wilayah cakupan ilmu dan hukum ilmu.

2.1.2. Komponen Epistemologi

2.1.2.1. sumber ilmu dan kebenaran ilmu.

2.1.3. Komponen Aksiologi

2.1.3.1. aspek nilai guna sesuatu ilmu iaitu samada bernilai atau sebaliknya, penting atau tidak penting, serta baik atau buruk

3. Pengertian Ilmu

3.1. Pengetahuan

3.1.1. Merujuk kepada hal-hal yang biasa dimiliki oleh setiap orang di dalam kehidupan.

3.2. Fakta

3.2.1. merujuk kepada perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. Kewujudan perkara di luar keupayaan pancaindera zahir dianggap bukan fakta dan tidak dikira sebagai ilmu.

3.3. Maklumat

3.3.1. merujuk kepada sebarang perkara yang diketahui tentang sesuatu objek seperti sifat, kelakuan dan lain-lain.

4. Fungsi & Matlamat

4.1. Fungsi

4.1.1. mencari jawapan kepada permasalahan asasi (ultimate problem) manusia seperti hakikat kehidupan, tujuan kejadian alam dan manusia, dari mana dan hendak ke mana manusia dan seumpamanya.

4.2. Matlamat

4.2.1. mencari pengertian dan makna kehidupan.

5. Pengertian Falsafah

5.1. Gabungan perkataan philo (cinta) dan sophos (kebijaksanaan). Cintakan kebijaksanaan. Falsafah berkait rapat dengan kehidupan manusia dalam maksud untuk mencari pengertian dan makna kehidupan.